Assalammualaikum,
Guys ,
Orang kata '' what goes around, comes around'' ...... mungkin ada benarnya.
Kalau hari ini kita menabur budi, satu masa nanti pasti ada orang lain yang akan melakukan perkara yang sama kepada kita, tidak pun kepada anak anak kita, ibu bapa kita atau orang orang yang istimewa dalam hidup kita. Begitu juga kalau kita pernah menganiayai orang lain...kita lupa bahawa orang yang pernah kita aniayai punya hati dan perasaan, punya kelemahan.. mungkin ketika itu kuasa dan ego kita mengatasi sifat belas kasihan sesama insan. kita anggap kita sahaja yang betul, pandai dan berfikiran ke hadapan. Namun kita lupa, kita juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kita lupa bahawa doa orang orang yang dizalimi, teraniaya.. dimakbulkan Allah ... Mungkin balasannya tidak berlaku pada ketika waktu yang sama, tidak menimpa diri kita... ia mungkin berlaku di saat kita sedang bahagia, menikmati kemewahan dan kemahsyuran... mungkin bukan kepada kita.. mungkin boleh berlaku kepada suami, anak, saudara mara dan mereka yang istimewa dalam hidup kita. ini telah AKU saksikan pada kejadian.. cuma kita kena memahami dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku , ...
credit by : ainur tan
No comments:
Post a Comment