Assalammualaikum,
Guys...
.... mana yang perlu didahulukan,?
Bergantung pada hubungan jenis apa yang kau mahu. Jika kau mahu bersama seseorang tapi kau masih mahu berkawan dan kau rasa kawan kau itu penting, lebih baik kau teruskan berkawan dan jangan berhubungan dengan sesiapa. Kerna cara kau itu mungkin akan menyeksa orang yang sudah pilih untuk bersama dengan kau.
YA. kawan itu penting cumannya kau harus tahu, yang nantinya akan hidup sebantal, serumah kau itu, ialah pasangan kau. Jadi jika kau dahulukan rakan daripada pasangan, kau sangat kejam orangnya.
Ya pasangan kau tidak sekelakar mereka, tidak seseronok kawan kau, tapi percayalah di ketika kau tersungkur jatuh dan tidak bisa bangun dari katil, pasangan yang kau rasa tidak seronok itulah yang sentiasa akan ada di sisi kau, lapkan badan dan doakan kau untuk sembuh sepenuhnya.
Rakan hanya melawat, menjaganya itu adalah pasangan.
Kita ini manusia, sering terlepas pandang harta dunia yang kita sudah ada. Tolong, hargai manusia yang sudah ada disisi. Dunia memang seronok dengan rakan tapi dunia kau akan rasa sempurna dengan adanya pasangan di hati.
... Dan jangan cari pasangan sekadar mahu hilangkan kesunyian kau. Masalah kesunyian kau tidak akan pernah selesai dengan adanya pasangan. Apabila kau rasa sunyi, itu tandanya mudah, kau terlampau hanyut dengan dunia, terlampau bersungguh sungguh hingga terlupa akhirat.
Ya pasangan kita boleh memenuhi setiap masa kau tapi apabila niat kau bersama seseorang itu sudah salah, kau akan kecundang dan bosan di akhir cerita.
Bersamalah seseorang ketika kau betul betul sudah fikir untuk terima baik buruk dia dan kau mahu dia kerna kau memang yakin dialah orangnya.
Sunyi itu diubati dengan pencarian siapa kau, dan bukannya dengan memperhambakan seseorang untuk atasi diri kau...