*** Aku meminta kepada-Mu Syurga dan segala perkataan atau perbuatan yang mendekatkan-Ku kepada Syurga. Aku pun meminta perlindungan-Mu dari neraka dan segala hal yang menjauhkan-Ku darinya. Aku memohon pula Pada-Mu agar Engkau menjadikan setiap yang Engkau takdirkan bagi-Ku adalah baik. (HR.Ibnu Majah Dan Ahmad)
Thursday, 16 June 2016
.. Jadi nya Perlu Rehat
Assalammualaikum ,
Guys ,
At some point dalam kehidupan kita, kita akan rasa kitalah manusia yang paling penat dalam dunia. Mungkin penat dengan kehidupan yang sibuk, mungkin juga penat dengan drama sekeliling yang tak henti buat kita sakit hati.
Penat yang dibiarkan tanpa rehat, akan menghancurkan hati dan jiwa seorang manusia. Jadi jika penat dengan tanggungjawab kehidupan, rehat sebentar. Dan jika penat dengan drama dunia, Jauhkan dari mereka.
Kita "berjaga" sepanjang masa tanpa rehat, itu yang buatkan kita semakin teruk dalam kehidupan, semakin overthinking dan semakin lupa untuk rasa gembira dengan diri sendiri .
ainur tan
Wednesday, 1 June 2016
H.A.T.I
Assalammualaikum,
Guys
Hidup ini kadangnya ada pasang surutnya,
Apabila kau gembira, kau gembira sekuat hati,
Dan apabila kau sedih, kau menangis menahan hati.
Hidup ini memang begitu,
Cuma aku percaya, Walau teruk mana dunia ini beri pada kita,
Kita perlu bangkit semula,
Kerna kita dilahirkan kuat,
Dan akan cuba selagi kita punya nafas dan kudrat.
Kenapa aku kisah pasal kau.?
Kerna aku juga seperti kau,
Pernah rasa jatuh, pernah rasa ditinggalkan...
Rasa itu sakit, dan jika boleh,
Aku tidak mahu kau rasa, rasa yang sama.
Aku dan kau,
kita sama sama bahagia dan gembira...
Aku cuba
*** cakap dengan hati sendiri
...ainur
Subscribe to:
Comments (Atom)