Saturday, 30 January 2016

Diri Sendiri

Assalammualaikum..
hye gais..

Kenapa pulak nak jadi hipokrit.? kenapa harus talam dua muka.? 
salah ke kita jadi diri sendiri.? kita tunjuk perangai kita sendiri? tak kan lepas kawen baru kita nak tunjuk segala perangai kita.? Tak kan.. So u nak terima i , U harus terima segala baik buruk i.
i boleh terima U ,segala baik buruk u.. kenapa U nak pertikaikan i?

" kenapa u tak nak berubah sebelum kawen "

*u pun bukan baik sangat.? kalau u baik u tak akan cakap macam tu kat i.? faham x.? u tak akan sindir i.? u tak akan mengata i.? kalau u rasa u baik sangat kenapa u pilih i.? kenapa.? u pun 1.. nak suruh i berubah untuk segalanya sedangkan u pun .. hmmmmm .. sakit hati mak nak.. sakit sangat.!!
Apa salah i U nak mengata segala hidup i.? tak matang langsung hidup U tahu x .. orang yang berjaya tidak akan menjatuhkan hidup orang lain untuk memuasakan diri sendiri.! 

ok.. i akan ciptakan 1001 alasan untuk kita sangka baik dengan orang lain.Kerana sesungguhnya berburuk sangka terhadap orang lain adalah sebahagian daripada dosa..Macam mana ekk u boleh bahagia gelak ketawa, sedangkan orang yang u mengata sedang merana dengan air mata.?


Aku bukan talam dua muka .

Sebab tu ,

Perangai ada macam setan sikit .

Daripada kau bajek baik ,

Konon ada kepak macam bidadari .


* untuk diri i sendiri *

u hidup ke u mati ke u tak yah nak lorat sangat ..

Muhasabah Diri

Assalammualaikum ..
hye gais ..

Muhasabah diri seketika..
Soalan dan jawapan,dah ada dekat kita. Ya,soal dalam kubur nanti ..
Yakinkah dengan iman senipis rambut yang dibahagi, Kita dapat jawab soalan tu dengan Happy nanti.?

Amalan dah cukup sekarang?
Cukupkah.?

Dosa yang kian bertambah?
Bagaimana?

Kecewa kita cukuplah Allah sahaja yang tahu.jangan pernah mengadu kepada manusia,Kadang sia-sia jee..Bila kita rasa bagaikan tidak punya kaki untuk berdiri setelah kesakitan menghempap diri kita berkali-kali , Sedarlah yang kita punya ILahi.

The world was design to break your heart.
*Kau cari bahagia dekat dunia ni,Kadang sia-sia. Carilah dekat Akhirat sana, ada bahagia .. Sentiasa,
Allah uji, nak tengok ikhlasnya kita mencintai dia..Kita terus dan terus mengalah.Kita menangis dan terus menangis .Sampai kita lupa,yang kita hamba.kita ada DIA yang tak pernah lupa akan kita..Kita berharap kepada manusia.sampai satu masa bila orang tu hilang atau tiada, kita jadi selemah lemahnya.. Kerana apa.? Kerana kita lupa yang kita ada DIA yang maha esa..

Bangkit lah ainur.. Jangan bersedih apa yang terjadi ..apa yang berlaku.. Berhenti menangis.. Lap air mata kecewa..Belajar ukir senyuman tawa bahagia..Dunia ni bersifat sementara..Kenapa nak bersedih sedangkan iannya cuma persinggahan.. Jangan lupa matlamat kita adalah Syurga..

Allah tak kejam.. sebab dia sayang lah dia uji.. Kau tak sedar,ujian itu menguatkan? Ujian itu mematangkan.? Sebab dah biasa buat dosa kau akan lupa apa itu ujian..

* cakap untuk diri sendiri *

D.O.W.N

Assalammualaikum ...
hye guys ..

Walau apa pun yang terjadi,jangan mengalah.. Ya perasaan itu tidak sedap didengar, tapi tolong ...tolonglah..jangan manjakan hati ..Pesan pada dia (hati) untuk bangkit dan bekerjasama dengan kau untuk sama2 tempuh sakit dunia , wayang dunia segalanya didunia yang bersifat sementara..

Selagi belum bahagia,selagi itu jalan cerita kau belum TAMAT dan kau harus berjuang untuk kebahagiaan kau..ingat tu ainur ..ingat..

Actually kita tak boleh nak delete dia dalam kehidupan kita sebab dia hadir dalam hidup kita.Imej dia sudah jadi memori dalam kenangan kita.Yang kita boleh buat adalah belajar untuk terima kenyataan yang dia bukan orang yang kita cari untuk spend the rest of our life... Yang U rasa terbayang and all that. itu adalah biasa.semua manusia yang mengalami seperti U juga akan merasa sakitnya...Apa yang perlu.? Beri diri U untuk sabar..

Bagi i, Confident tu akan datang kalau kita berani untuk gagal dan akan cuba lagi dan lagi dan lagi.. Sehingga..

" U tak bodoh pun , yang bodoh hanyalah orang yang boleh jadi pandai tapi taknak jadi pandai "

The things is, Kita semua pandai..U perlu pandai dengan segala permainan dunia..bukan senang untuk melupakan ..bukan senang untuk meneruskan .. U berani untuk segalannya kenapa tidak berani untuk gagal.?

Move on tu ..hmmmm adalah perkataan too much tu yang menyebabkan U sakit too much juga actually..
Itu pendapat i .. Dahlah putus dengan orang,lepastu nak suruh jadikan dia sebagai kenangan yang paling indah dalam hidup u..Paling indah pulah tu..Very mengarut punya ideal .! Aku memang tak boleh nak move on dah ni..Aku terlampau suka sangat kat dia..sampai hati aku sendiri tak boleh nak terima orang lain selain dia..NAMPAK.?

But u know what? Allah tu ada dan dia bantu u..Beri diri u masa untuk terima perubahan yang inshaaAllah akan jadikan u hamba yang lebih dekat kepada yang maha esa. Hidup ni bukan untuk cinta manusia sahaja. Cinta Allah,inshaaAllah kita akan peroleh segala cinta yang wujud kat dunia ni.

*i cakap kat diri i sendiri*