Sunday, 13 December 2015

Kosong Kosong

Hye guys ...
im back ... 
Mohd Syafiq Hambali Bin Al Hafizudin

Don't touch my privacy if i don't touch yours..awk ni kenapa pandai2 wat gitu wat gini kat blogger sy.? sy bg awk semua pswd sy bukannya sy suruh awk gitu gini semua.. sy malas nak bebel banyak2 .. nanti awk tak suka pulak ... The End

Typical Malaysia thinking bila tau orang tu bekerja bidang professional baru laa nak cakap leklok.. kalau tak harammm... 
u kerja apa 
Kilang ...
OOoooooo ... bye
BODOH sungguh . 
i nak terangkan sikit ... sebut sahaja kerja kilang mesti u all fikir low class. stdy setakat PMR sahaja .. Apa, u ingat dalam kilang tak ada gaji 36K sebulan.? apa u fikir semua pekerja kilang tak ada degree ? Dah kalau operator pun. apa masalahnya.? halal apa.? Dari kau kerja besar .Opis mewah, Pangkat tinggi .Tapi rasuah sana sini. Orang kerja siang malam punya penat, Kau senang2 songlap duit Syarikat.

i walaupun sakit seluruh badan .. u jangan risau sebab mulut i tak pernah sakit .. 
i simple . sekali u bahas untuk i .. sedas i bahas untuk u .. siap pantun i bagi ..

Kebanyakknya ... mereka nampak HIGH CLASS sangat sedangkan ... Duit pun kering makan maggi siap2... i bukan nak menghina .. tapi cara u tu buatkan i muntah jagung pandang ... Siapa u nak habaq i macam2.. apak u bagi makan ke for what.? stdy pandai2 kalau tak reti hormat orang TUA mati baik laaa.. u know mati.? ok
: ASHADUALLAH ILAHA ILLALLAH WAASHADU ANNA ILLALLAMUHAMMADAR RASULULLAH
ok i dah ajar untuk mengucap macam mana .. pls laaaa i tak pernah usik waima u buat dajal depan mata i .. i tak pernah usik .. tak pernah amik tahu ... 
Daannnnnn bila AKU ..

Bila aku sudah tiada ,
simpan semua laguku
jangan ditangis selalu ..
Mungkin , itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
Jangan Di lupakan Akuuuuuu...

i stress sangat .. i rindu diri i sendiri yang dulu ..
Pandai bangun ketika jatuh ..
Pandai pujuk hati sendiri bila luka ...
adakah faktor umur ? @
jodoh depan mata ? @
kesan kemalangan yang mendalam ? @
mengada2 .. 

"Akk ni mengada2 .. jangan merungut apa yang jadi boleh .? kesan jahit laaaaa .. patah laaa... akk boleh sabar tak dalam menghadapi dugaan ... hikmah tu akk ..tak yah pakai skirt lagi .. " Alip

"kalau nak kesan jahit tu cantik .. tak yah g hospital .. g butik andaman "Mazlan

"relax laaa yang .. boleh lagi pegang besi kan"Adham

i ingat kata2 u all yang sindir i ... tapi penuh semangat ... 

* stress *

Tuesday, 24 November 2015

Allah jaga kan beliau

Assalammualaikum ..

Sesungguhnya tiada yang lebih indah selain ujian dari Nya . Ainur saya doakan kamu sentiasa dalam lindungan yang maha Esa . saya sentiasa tunggu kamu di sini . Ainur saya tahu awak kuat . Awak tabah . saya doakan yang terbaik bagi mu . Kami sentiasa menunggu mu . Tangisan mu membuatkan luluh hati saya kerana saya berjauhan dari mu . Ainur saya doakan yang terbaik bagi mu . Ainur sabar lah dengan segala dugaan nya . 
Saya doa semuga dipermudahkan segala urusan mu . saya janji ainur balik nanti saya akan buat kamu tersenyum . Allah tabahkan hati ku . Berikanlah kesakitan nya kepada Ku .Aku terima dengan hati terbuka . Doakan keselamatan Nya , Kesihatan Nya . Allah betapa sedihnya diriku . Ainur awak sabar , awak kuat . 

=HAMBALI=

Friday, 20 November 2015

Syarat Poligami

                                                                    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ainur saya hendak cerita sikit mengenai poligami... saya tahu balik nanti kamu mesti marahkan saya kerana saya telah mempelbagaikan blogger ini.. kamu pasti marahkan saya kerana saya bercerita mengenai poligami.. walaupun kamu marah saya tetap hendak bercerita ... 

Poligami adalah salah satu di antara syariat islam. Poligami juga adalah syariat yang banyak juga ditentang di antara kaum muslimin.Yang katanya merugikan wanita, menurut mereka yang memegang kaedah emansipasi perempuan.

Namun poligami sendiri bukanlah seperti yang mereka fikirkan.Para ulama menilai hukum poligami dengan hukum yang berbeda-beda. Salah satunya adalah Syaikh Mustafa Al-adawiy. Beliau menyebut bahawa hukum poligami adalah Sunnah. dengan mempersyaratkan 4 hal.

1- Seorang Yang Mampu Berbuat Adil
 Seorang pelaku poligami, haruslah memiliki sikap adil di antara para isterinya. Tidak boleh ia condong kepada salah satu isterinya. "Siapa saja orangnya yang memiliki dua isteri lalu lebih cenderung kepada salah satunya,pada hari kiamat kelak ia akan datang dalam keadaan sebahagian tubunya miring"(HR.Abu Dawud An-Nasa_i, At-Tirmidzi)

Selain adil, ia juga harus seorang yang tegas, Kerana boleh jadi salah satu isterinya merayu agar ia tetap bermalah di rumahnya,Padahal malam itu adalah jatuh bermalam di tempat isteri yang lain.Maka harus tegas menolak rayuan salah satu isterinya untuk tetap bermalam di rumahnya.

Jika ia tidak mampu melakukan hal itu, maka cukup seorang isteri sahaja. Allah Ta'ala berfirman (bermaksud) "...kemudian jika kamu khuatir tidak mampu berbuat adil,maka nikahilah satu orang sahaja..."(QS. An-Nisa :3 )

2- Aman Dari Lalai Beribadah Kepada Allah
Seorang yang melakukan poligami,haruslah ia bertambah ketakwaan kepada Allah. dan rajin dalam beribadah. Allah Ta'ala berfirman "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak0anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka ...."(QS. At-Taghabun : 14)

3- Mampu Menjaga Para Isterinya
Sudah menjadi kewajiban bagi suami untuk menjaga isterinya.Sehingga isterinya terjaga agama dan kehormatannya. "..wahai para pemuda,siapa saja di antara kalian yang memiliki kemampuan untuk menikah maka menikahlah..."(HR .Al-Bukhari dan Muslim)

4- Mampu Memberi Nafkah Lahir
Hal ini sangat jelas kerana seorang yang berpoligami, wajib mencukupi nafkah lahir pada isterinya. Bagaimana ia ingin berpoligami,sementara nafkah untuk satu orang isteri belum cukup.? fikirkan..


Ainur saya tahu awak akan marah saya bertubi-tubi kena update blogger kamu dengan "POLIGAMI".
silah haribulan ainur tidak datang class jumpa saya lagi . Hati kamu sungguh berbeza berbanding mereka yang saya pernah kenal. 
Maafkan saya ainur ..
=hambali=

Sunday, 15 November 2015

Kahwin

[KAHWIN]
Pesanan buat mereka dan diri sendiri .. kita hanya akan benar_benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu.. Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after. Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH
drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu? Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal
dipersoalkan. Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas
nikah? Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin? Bersediakah kamu.. pulang kerja penat,lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu
akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar? Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah
menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang,realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah! Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN,
TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB,
TIADA KEPERCAYAAN,
PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam
mulut.Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak
cukup...."
#hambali#

Sunday, 8 November 2015

Jodoh

* Aku Harus Bangun Lebih Awal Dari Matahari*

" Boleh jadi kamu berkahwin dengan lelaki terburuk seperti Asiah isteri Firaun tetapi ianya tidak mengubah kesetiaannya dan cintanya pada Allah."
"Boleh jadi kamu berkahwin dengan lelaki terbaik seperti Rasul-rasul utusan Allah dan masih tidak menjadi salah seorang yang dijamin syurga bahkan dihumban ke neraka seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut."
"Boleh jadi kamu tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki , seperti Maryam ibu kepada Nabi Isa,Tetapi Allah boleh menaikkan darjat melebihi mana-mana wanita di atas muka bumi."
* Ketahuilah keutamaan,cinta dan keyakinan kalian yang pertama adalah Allah*

JODOH itu keras bertemu lembut,
PANAS bertemu sejuk,
API bertemu air,
PANAS baran bertemu penyabar,
dan sebagainya..

Di setiap jodoh hamba-NYA
DIA menciptakan seorang itu bersikap 
POSITIF dan seorang lagi bersikap NEGATIF.

JODOH itu walau dihalang oleh SERIBU makhluk diatas bumi pasti akan bersatu jua..
tapi kalau bukan jodoh,walaupun halangannya SATU pasti tidak akan bersatu jua..

Dear ALLAH ...
Lindungi dia (jodohku) yang mencintai-ku kerana-mu.Sabarkan hatinya ketika ia menunggu waktu bertemu dengan-ku atas keizinan-mu .


Thursday, 5 November 2015

*POLIGAMI*

hye guys ... 
i nak kongsi sikit ni ..
i ada terima 1 comment ni mengenai "poligami"
i cukup benci dengar perkataan poligami ni .. tapi i tetap nak bercerita ..

"Biarlah dia nak nikah berapa orgpun..saya cuma nasihatkan anak2 perempuan berpendidikan dan mesti punya pendapatan sendiri supaya bila takdir... si suami sangat teruja untuk nikah 234 ... walaupun tak terdaya..para isteri tidak taraniya.. sedih,tak makan,anak2 nak makan,sekolah tak de duit..kita tak dapat halang takdir tapi kita boleh buat persiapan..apa sangatlah nak direbutkan pada sekujur tubuh lelaki.. tambahan dia sendiri pun tak mampu bawa dirinya ke syurga"

kesetiaan isteri diuji bila hidup susah..
kesetiaan suami diuji bila hidup mewah..

"katanya disini adalah lelaki tu tak pernah hidup mewah..soo bila mewah sikit dia akan terencat sikit..kalut nak perempuan sana sini.."

tan u terima kalau suami u nak berpoligami..
i terima kalau dia bukan suami i ..

ok bye

Friday, 30 October 2015

Married Man .!

Lately ni... adalah "suami orang"send request kat i...nak berkawan kononnya.. i pun cakap sory, i'm not interested with married man..Kadang i confused, u dah kahwin.? why still nak kenal orang baru? Bukan ke u patut setia to your wife? Kenapa perlu kenal? Kenapa perlu ada kawan perempuan baru? Even standard conversation sekali pun macam, duduk mana? Keje apa? stay dengan siapa? U know, why nak berkenalan..why.?? married man jangan nak samakan dengan lelaki single ok.. jangan nak bagi alasan "ala, couple je pun takde ikatan sah yang halal".. Yess tapi still texting another girl nak kenal2 tu kategori tak boleh buat boyfriend also, sebab tak setia.. But yang kahwin ni lagi WORSE. Apa yang all nak tak puas.? Why nak kawan and kenal perempuan baru? Nonsense kalau texting je, next step ajak lepak then kawan2, rapat2 TERfall in love. Bermulanya dari berkawan la boleh jatuh hati. Why tak reti appreciate wife tu.? Kalau wife u species banyak lelaki bolehlah u revenge,Buat perangai balik "maybe".. tapi trust me, 90% wife baik takde buat hal.. lelaki ni yang panjang kaki dekat luar. why? Kalau rasa tak puas hidup nak kenal sume perempuan, nampak cantik je nak kenal..at the first place,tolong jangan KAHWIN.Jangan mainkan perasaan wife u, tak penat ke lafaz nikah buat majlis segala..(tu pun pinjam bank) and hujung2 still nak cari perempuan lain.? Apa erti lafaz nikah tu pada u.? Yes qouta de 4,u mampu bagi banglo kat setiap sorang bini u? , mampu bagi honda kat wife u.? kalau mampu U kahwin la banyak mana pun.. Ni tidak,akhir bulan still makan maggie,bayar kereta pun sangkut2,duit susu anak pun bini yang beli, Bro, still ada hati nak kawan perempuan lain.? Belajar appreciate you wife. Please , Please , Please
and Please jangan nak cerita poligami .. i terima kalau suami i nak berpoligami .. tetapi i nak pastikan sehari selepas kahwin madu i tu mesti passaway.. i pedulik apa..
Thank You

Monday, 26 October 2015

Utara,Johor,Melaka

Guys... i nak kogsi kepakaran i cakap UTARA  konon..
" Hoiii ikhmal, hang ni pasai nak juga jadi Ketua Pemuda.hang merenyam sangat ka,gila kuasa ka, kami semua dah cemuih habib dengai perangai hang yang lok lag tu. Awat la hang ketegei sangat.? nanti depa rojoh hang dengan screw drier baru padan muka hang"hahahahahahahahah

Ni pulak Versi JOHOR KU 
1) Perempuan,awat ko macam mengenyam semacam ni, Terkulat-kulat
ayat suci : Janganlah macam ni,gedik sangatlah
2) Wak Lu.!
ayat suci : Tak baik cakap macam tu( Ya Allah susahnya nak buat ayat baik baik) bahahahahah
3) kau boleh tak, buat kerja cikai jangan terkedek-kedek.?
ayat suci : kerja ni senang , boleh tak buat cepat sikit.? wakakakakaka

Melaka Guys  Melaka...
Lambau nau kau ni. takleh cepat ke
(nau ; sangat)
Kau ni kahau betul laaa
(kahau : kasar)
Kau tiak dak Tan jap
(tiak : panggil)

dimana pun kita berada pasti akan ada mereka2 yang lorat lebih kasar dari kita..kadang kita x kasar pun.. bila kita cakap macam tu dahh org ingat kita kasar...

update by : TAN

Sunday, 25 October 2015

sekadar cerita

u... i ada benda nak cakap ni ...
u.. H/P i problem...
i sedih sangat...

G : u H/P i problem..
B : H/P yang i belikan mana .?
G : ada tu x pakai .. i x minat H/P tu ...
B : sooo nak i belikan baru ke .? u pakai laaa IPHONE tu ...
G : i x nak.. i nak ASUS gak ..
B : beli sendiri
G : i mampu
B : ok.. kenapa nak pakai banyak2 H/P.? pasang scandel ke.?
G : Otak u .. i setia ok
B : jubo u setia.
G : &#@?:)%

i mengadu jer.. i tak minta tolong pun untuk u belikan..u tuduh i x setia.. i buat betul2 tahu laaa u..
u.. i merajuk ni ...

nak ASUS ....... NAK ASUS ....

Friday, 23 October 2015

Accept Islam and you will be saved


My love ...

"submit to God's Will and you will have peace and salvation". There is no god One God's,Allah SWT the beneficent, the most merciful.He Alone, He hath no associate, His is the sovereignty and his is the praise and he hath power over all things.

In obedience to the Holy Qurán, we as Muslim would like to invite you, the NON MUSLIM (Christian, Buddhist, Hindus, Atheist ect) to come together with us to worship none but God and that we associate Him with nothing in worship by accepting Islam and becoming a Muslim so that you shall be saved from hell fire and God's punishment.

In the name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate.
All praise is due to God, the Lord of the Universe.
The Most Merciful, The Most Compassionate.
Master of the Day of Judgement.
You alone do we worship and you alone we seek for help.
Keep us firm on the Straigh path.
The path of those upon whom You have bestowed Your blessings,
not of those who have evoked (Your) anger,
nor of those who have gone astray.
(Surah Al-Fatiha versi 1-7)

If you turn away and reject this invitation,please bear witnes that we are Muslim (those who have surrendered to God Will)

i cinta u hingga ke akhir hayat i.... bawa ke langit ketujuh

Tidak Bertudung VS Bertudung

t1 t1 dan p1 p1
( tuan tuan dan puan puan)

*sajer nak bagi susah pembaca...korang tolong lahhh jangan nak guna singkatan ayat yang melampau..
bukan ape .. susah i nak faham .. boleh ae korang ...

OK sambung cerita kita tau... TIDAK BERTUDUNG VS BERTUDUNG
*tidak bertudung

L : Tak takut dosa ke yang.?
P : nanti datang hidayah i pakai tudung yer...

*bertudung

L : Yang x rimas ke panas2 ni .?
P : panas..tapi lagi panas api neraka...

Add caption

NAMPAK .....

boyboyyyyy ape yang korang nak sebenarnya.. bertudung pun ko nak pertikai..tak bertudung pun korang nak herdek..

ok i faham..wajib bagi seorang yang beragama islam menutup aurat..Tapi korang jangan laaa herdek..boleh ke pakai tudung pakai baju ketat2..? ikutkan i..x boleh..tapi tapiiiii.....ok ....sebab hak memasing dakk..
pastuuuu.......... yangggg cantik nya dia bertudung....
i depan mata u pakai tudung x de lak u nak puji macam tu ..
u rasa,?
sentap i dengan cara u ni ....

i sentap sampai tahap langit ketujuh....





Thursday, 22 October 2015

Kawan Acah acahhhhhh

Sekadar tulisan yang tidak dibaca oleh mereka...
Manusia mudah berubah...
Biarlah tak banyak kawan dari banyak mengata belakang mengumpat siang dan malam.
Biarlah tak banyak kawan pon dari banyak yang dia tawu tikam belakang talam dua muka pastu acah acah suci depan semua orang..
Biarlah tak banyak kawan nanti kau susah belum tentu dia ada sebelah pertahankan kau..
belum tentu taw.......