Wednesday, 14 December 2016

Pasangan ATAU kawan

Assalammualaikum,
Guys...

.... mana yang perlu didahulukan,?
Bergantung pada hubungan jenis apa yang kau mahu. Jika kau mahu bersama seseorang tapi kau masih mahu berkawan dan kau rasa kawan kau itu penting, lebih baik kau teruskan berkawan dan jangan berhubungan dengan sesiapa. Kerna cara kau itu mungkin akan menyeksa orang yang sudah pilih untuk bersama dengan kau.

YA. kawan itu penting cumannya kau harus tahu, yang nantinya akan hidup sebantal, serumah kau itu, ialah pasangan kau. Jadi jika kau dahulukan rakan daripada pasangan, kau sangat kejam orangnya.

Ya pasangan kau tidak sekelakar mereka, tidak seseronok kawan kau, tapi percayalah di ketika kau tersungkur jatuh dan tidak bisa bangun dari katil, pasangan yang kau rasa tidak seronok itulah yang sentiasa akan ada di sisi kau, lapkan badan dan doakan kau untuk sembuh sepenuhnya.

Rakan hanya melawat, menjaganya itu adalah pasangan.

Kita ini manusia, sering terlepas pandang harta dunia yang kita sudah ada. Tolong, hargai manusia yang sudah ada disisi. Dunia memang seronok dengan rakan tapi dunia kau akan rasa sempurna dengan adanya pasangan di hati.


... Dan jangan cari pasangan sekadar mahu hilangkan kesunyian kau. Masalah kesunyian kau tidak akan pernah selesai dengan adanya pasangan. Apabila kau rasa sunyi, itu tandanya mudah, kau terlampau hanyut dengan dunia, terlampau bersungguh sungguh hingga terlupa akhirat.

Ya pasangan kita boleh memenuhi setiap masa kau tapi apabila niat kau bersama seseorang itu sudah salah, kau akan kecundang dan bosan di akhir cerita.

Bersamalah seseorang ketika kau betul betul sudah fikir untuk terima baik buruk dia dan kau mahu dia kerna kau memang yakin dialah orangnya.

Sunyi itu diubati dengan pencarian siapa kau, dan bukannya dengan memperhambakan seseorang untuk atasi diri kau...

Wednesday, 9 November 2016

Percaya Pada Diri Sendiri

Assalammualaikum ,
Guys,,


Percaya pada diri sendiri kau apabila manusia lain kata sebaliknya. Ya, Mereka kejam. Dan kau lagi kejam jika kau percaya kata mereka. Hidup ini kau yang lakukan limitasinya. Jika kau kata kau hanya layak takat itu, sekecil itu, maka kau hanya akan punya itu.


Tapi jika kau rasa dan kata kau mampu dapat yang paling elok, paling bahagia, maka itulah yang selayaknya kau peroleh. Hidup ini harusnya berani mati. kita hanya hidup sekali dan esok boleh jadi ajalnya kita. Jadi, hiduplah sebetul-betulnya dan usah hidup di impian manusia lain. 


Mulut jahat manusia, itu kerja Tuhan untuk membalasnya. kerja kau hanya perlu hidup dan usaha melayan. itu cara untuk hidup semoleknya.




Bulan,
Kadangnya jadi peneman.


Setia dia,
Tak dapat aku ragu.Tenang apabila melihatnya, itu aku.


Disaat yang lain menunding jari menyalahkan kita,
Dialah yang ada, kekal sebagai peneman setia.


Bila pagi,
Dia diganti matahari,


Waktu itu,
Mulalah rasa rindu menebal dalam diri.



Aku rindukanmu, wahai insan ..

Ainur Tan

Sunday, 21 August 2016

Alasan Kenapa Engkau Tak Bahagia

Assalammualaikum,
Guys..

.... Sebab kau berlagak.Kau nak fikir semua benda. kau nak semua benda yang kau buat tu berjaya. kau sombong. kau tak sedar diri.

Sebenarnya... dalam kehidupan,Kau jangan cuba kawal, kerna manusia yang terlampau kawal dan usaha terlampau keras untuk berjaya dalam hidup, dialah manusia yang paling gagal sebenarnya. Hidup ini harusnya kau ikuti perjalanan dan bukannnya asik mengenang apa yang kau nak. Allah tahu yang kau nak itu tak bagus buat kau, jadi kenapa nak merungut, sedih melampau dan rasa hidup kau sudah gagal.?

Apa yang kau tidak dapat, itu yang terbaik buat kau. Jangan terlampau meratapi hal yang kau tidak dapat tapi carilah hikmah dengan apa yang akan buat kau lebih bahagia, lebih syukur, lebih sedar diri yang kau ini hamba sementara dunia sebenarnya.

Nak bahagia itu mudah je. Cari Allah, terima takdir Allah dan ikut je apa yang telah dirancang untuk kau. InshaaAllah kau akan bahagia. Jangan lawan takdir, kau akan jadi zombie dalam kehidupan.

... please,stop seksa diri kau

cakap kat diri sendiri

Wednesday, 20 July 2016

Bad Day....

Assalammualaikum
Guys

Ada yang kurang senang hari ini, berfikir jauh,
Ada yang hampir menangis,
Ada yang hampir mengalah dan kecewa menebal jiwa.

Bad day sentiasa ada wehh, walau positif mana kau, akan ada hari kau rasa terduduk dan kalah. itu biasa, aku pun rasa . Yang boleh kita buat ketika ini, jangan buat apa-apa aktiviti. kau duduk diam atau kau baring dan akhirnya kau rehat dan lelapkan mata. Jangan strunggle ketika bad day kerana kau hanya akan mengeruhkan keadaan dan melepaskan apa yang tidak patut kau lepaskan .

Allah ada. Jangan takut. percayalah hari ini kau sedih, dan esok Dia akan jumpakan kau bahagia.
Jangan nak overthinking .. bye

Thursday, 14 July 2016

Cantik Ke

Assalammualaikum
Guys,

Zaman sekarang ni kalau nak bini yang cantik comel jelita cutting meletop persis model tersangat ramai dan senang dapat. Cuba tengok budak-budak perempuan belasan tahun sekarang ni cantik dia lain macam, itu belum tengok kakak dia lagi. memang menangis laa tengok. Merecik.!! Tapi kan Maaf cakap lah, Kau ingat senang ke nak cari bini yang sanggup susah senang dengan engkau di saat barang semua naik mahal nak mati.? Kau ingat senang ke nak cari bini yang boleh hadap lauk ikan kering gaul belacan je setiap hari tanpa sekelumit rasa sesal bila kawen dengan engkau.? Engkau ingat senang nak dapat bini yang tak pernah minta belikan itu ini untuk dia bermewah.? Ada tu memanglah ada. Tapi susah la nak cari. Yang ada sekarang ni cantik je semata- mata tapi hati kering. Yelah, tak semua, cantik ini subjektif untuk kita terjemah, cantik di mata kau belum tentu cantik di mata dia. Ini semua barang tak kekal, yang cantik itu lama-lama akan pudar dimamah usia. Carilah yang boleh terima kelebihan & kekurangan kau dan setia di sisi di saat kau jatuh dan takda apa-apa langsung. Tak kisah lah cantik ke tak. Kalau kau dah jumpa orang macam tu, hargai & sayangilah sepenuh hati Lillahi Taala. Moga bahagia milik kalian.

*ainur Tan

Tuesday, 12 July 2016

Adik Beradik, Saudara Sesama Islam

Assalammualaikum
Guys,

Kadang-kadang Adik Beradik yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit ....

Kadang-Kadang Adik Beradik yang rajin bekerja, Bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab ....

Kadang-Kadang Adik Beradik yang memohon Maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka ...

Kadang-Kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik Beradik ...

Kadang-Kadang Adik Beradik yang selalu SMS atau WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak dak benda nak buat, Tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA ...

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenang pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, Bulan berganti bulan , Tahun berganti tahun, Hingga hubungan menjadi ASING ...

Suatu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita, dan mereka bertanya,
" Siapa Mereka Semua Tu " .?
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata kata yang sayu,
lalu berkata ...
"DENGAN MEREKA LAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA"

Terima Kasih Adik Beradik / Sahabat / Musuh

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1) Waktu
2) Kata Kata
3) Kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1) Kemarahan
2) Keangkuhan
3) Dendam

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1) Harapan
2) Keikhlasan
3) Kejujuran

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1) Kasih Sayang
2) Cinta
3) Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1) Kekayaan
2) Kejayaan
3) Mimpi

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1) Komitmen
2) Ketulusan
3) Kerja Keras

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1) Rezeki
2) Umur
3) Jodoh

TETAPI, 3 Hal dalam Hidup yang PASTI :
1) Tua
2) Sakit
3) Kematian

Apa yang kita ada sekarang , yang kita miliki belum tentu semua itu pasti akan kekal pada kita.
Hargai ..

Apa yang selalu terjadi ..
.... Ketika mana kita hilang segala yang kita ada , dan kita akan rasa menyesal serta
" Ya Allah berikan peluang keDUA kepada ku"

* membebel pulak hati ni

Sekadar tulisan yang tidak terbaca Oleh nya ...





Thursday, 16 June 2016

.. Jadi nya Perlu Rehat


Assalammualaikum ,
Guys ,

At some point dalam kehidupan kita, kita akan rasa kitalah manusia yang paling penat dalam dunia. Mungkin penat dengan kehidupan yang sibuk, mungkin juga penat dengan drama sekeliling yang tak henti buat kita sakit hati.

Penat yang dibiarkan tanpa rehat, akan menghancurkan hati dan jiwa seorang manusia. Jadi jika penat dengan tanggungjawab kehidupan, rehat sebentar. Dan jika penat dengan drama dunia, Jauhkan dari mereka.

Kita "berjaga" sepanjang masa tanpa rehat, itu yang buatkan kita semakin teruk dalam kehidupan, semakin overthinking dan semakin lupa untuk rasa gembira dengan diri sendiri .


ainur tan